- Elakkan memecut laju. Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.
- Tutup suis A/C dan gunakan kipas sahaja ketika waktu sejuk (pagi dan malam).
- Keluarkan barang2 yang tak diperlukan dari kenderaan anda supaya kenderaan lebih ringan dan kurang memerlukan bahan api untuk bergerak.
- Elakkan penggunaan brek yang mengejut. Kurangkan kelajuan sebelum berhenti kerana apabila membrek ketika kenderaan sedang bergerak laju akan membazirkan bahanapi.
- Pastikan anda menggunakan gear yang betul dengan tahap kelajuan.
- Periksa tekanan tayar sekurang2nya seminggu sekali. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.
- Tutup tingkap kereta ketika memandu.
- Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa. Enjin yang lama biasanya kurang efisien.
- Servis kereta mengikut jadual. Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan.
- Periksa penapis udara (tukar 40 000 km sekali).
- Matikan enjin kereta ketika menunggu.
- Isi minyak apabila fuel level tidak kurang daripada separuh. Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak akan cepat habis jika ruang tangki banyak kosong. Ini kerana minyak akan meruap di ruang tangki yang kosong. Ini akan mengakibatkan pembaziran minyak kerana minyak yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin.
Sunday, 16 November 2014
Tips Jimat Minyak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment